Sabtu, 30 April 2011

Self make over

Ni hasil self make over aku. Sbenarnya, aku ni xder model untuk dipraktikkan skil. Nak mintak kawan2 jadi model cm malu la plak. So aku pun practice kat muka sendiri. Ni la hasilnya.


 pic w/out flash

 close up

with flash

Pada aku, makeup yang more to natural. Pada pendapat aku makeup yang x nampak cam tebal. Tapi sbenarnya aku dah pakai berlapis2 foundation + concealer.

Apa pendapat korang? Sila2 jangan segan tinggalkan komen untuk aku membaiki lg skil lg.

Pada pendapat aku, untuk mendapatkan makeup yang cantik dan tahan lama perkara asa yang paling penting adalah bersih.
Bersih tu maksud aku dari segi kebersihan muka kita. Maksudnya, before kita makeup kita kene make sure muka kita dicuci terlebih dahulu. Buang segala sisa2 makeup yang ada kat muka kita especially kat mata. Kemudian kebersihan makeup tools kita mcm brush dan span. Pada aku ni memang penting.

Ikutkan pengalaman aku, aku penahla kekonon nak practice makeup. Aku dengan malas nak cuci mukanya, pastu brush & span aku yang dah berminggu aku x cuci. Hasilnya, makeup yang sunnguh huduh dan comot. Aku boleh nampak foundation yang x rata, eye shadow yang warnanya x menarik sbb brush dah bercampur bnyak2 color.

Ada sapa2 area KB nak jd model aku? aku serius ni.

Rabu, 27 April 2011

org kata " don't give up"!!!

Tapi adakah aku dah give up? Aku sendiri x pasti. Mungkin juga aku memang dah give up. Sampai aku telah beri keizinan untuk suami tercintaku mencari cinta lain. Cinta yang mampu memberi zuriat kepadanya. Orang boleh cakap macam2 sbb diaorng x melalui per yang aku lalui. Hari2 berdepan dengan manusia yang pada aku sangat cetek dan bodoh pikirannya wpun belajar tinggi. Baikla mak ayah aku yang belajar x tinggi tapi tahu ketentuan dan rezeki semuanya datang dariNya.

Memang aku makan hati! Memang aku sedih. Sapa tak sedih bila orang mengata mcm2. Sungguh bodoh orng itu. Kalau la kuasa tu di tanganku , dah lama aku boleh buat seramai mana anak yang aku nak. Tapi kuasa tu bukan di tanganku.

Suamiku berharap, aku? lebih dari pada tu aku mengharap. Dan sekarang aku malas nak pikir pasal anak. Kalau ditakdirkan aku memang xkan ada anak yang akan membantuku dunia dan akhirat, aku redha.

Terima kasih kepada kawab-kawan yang banyak memberi nasihat, semangat dan doa untuk aku dan suami. Kami sangat-sangat berterima kasih.

Selasa, 26 April 2011

KECEWA

Tu yang mampu aku cakap skrng. Tp aku terima semua ketentuan dr Dia. Nampak gayanya, impian aku nak dapat anak x kesampaian. Aku period harini. Terasa snagt sedih dan aku decide untuk balik awal harini. Balik umah tdo & tenangkan pikiran + aku tengah senggugut skrng.

Arap2 sedih hati aku cepat sembuh. Esok nak datang keje dengan bersemangat!
Aku jd bertambah sedih bila suamiku juga sangat berharap aku mengandung. Bukan rezeki kami lg.....



p/s: rasa nak nangis. sapa boleh pinjamkan bahu? please.....

Ahad, 24 April 2011

Apam Dot Dot


Korang2, aku baru jer order apam dot dot ni untuk majlis cukur jambul anak sedara aku. Comel kan. Comel gila! Akak ni dok kat dungun. Aku cari org yang paling dekat ngan umah mak aku. Aku jd x sabar nak makan nnti. Aku ada la bc review customer dia pasal apam dot dot akak ni. Rata2 kata sedap, lembut n wangi. Sebab tamak, aku pun order banyak. Dengan alasan, takot x sempat makan. hahahahhahah.
Nnti kalau sedap aku promote blog akak ni. Dan yang best yang jauh2 ble oerder dia dia hantar by post! Best.. best..

Craving for...

Lately, aku slalu snagt rs nak makan sayur. Pantang tengok sayur mula la air liur aku ni rs nak meleleh. Tp kalau ble makan sayur kat Cameron mesti best. Ada sapa2 nak g Cameron? aku nak kirim la. Kalau xder sayur aku x lalu nak makan. Favourite aku mestila sup sayur! Sup sayur ngan nasi putih pun dah cukup. Hari Jumaat n Sabtu aku g book fair. Makan kat hotel, walaupun makanan banyak, tp aku tetap rs nak makan sayur. snagtla xder sayur. Sangat rindukan sup sayur! malam td pas sampai dr KL, laki aku bw g makan sup sayur. Emmmm....

Semalam laki aku tetiba cakap mcm ni.
 " saya rasa awak pregnant la"

i was like huh?!!! pelik sebab tetiba
then aku tnya, naper lak awak cakap mcm tu?
"Ntah, perasaan sy cakap awak ngandung"

Laki aku pun nak jd pelik mcm aku ker? slalunya aku jer yang poyo sendiri. Wat tanggapan sendiri. Dia xder penah nak wat perangai main teka2 n rasa2 mcm aku ni. hehehhehe

Lately ni perut aku rs tegang n keras jer. Macam penuh ngan angin. Nafsu makan jangan cakap la. Lepas 2 jam makan, aku buleh merungut lapa lg. Dasyatkan. Masalah asyik nak membuang air kencing xyah cakap la. Sian kawan2 aku tension agaknya jalan ngan aku. Every 2 hours, aku suruh driver brenti sbb aku nak kencing. Dulu masa aku pragnant mula, ada gak la simtom2 nak kencing slalu. Ntahla... Aku malas nak buat andaian, sbb nnti aku jugak yang akan keciwa.

Next week aku cuti 1 minggu. Balik kampung nak tolong mak aku jg adik aku yg baru pas beranak. Sian lak mak aku. Kalau ada aku at least aku buleh tolong urus umah. Adik aku ni agak parah jugakla. Nak jalan pun susah. Mcm org bertaktih jer.

Rabu, 20 April 2011

Gila makeup!

Ada x yang gila makeup cm aku? Aku ni mmg gila bab kecantikan wpun x berapa nak pandai makeup. Tp aku punya semangat nak belajar tu, aku beli buku, g kelas n kadang2 datang sengal malam2 buta main makeup. Laki aku, mcm biasa, tengok jer la kerenak bini dia ni. Dia lagi suka aku dok ralit wat benda lain dr dok ngacau dia tengok bola. hahhhahhahahha.

Nanti aku ambik gambar barang2 makeup yang aku beli. Sbenarnya, hajat dihati nak jd mak andam (che wah!) tp ilmu x cukup lg. skrng ni aku dok practice lg la. Practice kat muka sendiri sbb xder model yg sudi tadah muka. Kalau korang sudi moh la kerumah aku!

3rd anniversary

3hb 5 ni my 3rd anniversary. Xtahu nak celebrate cmner. Celebrate berdua tentula x best sbbnya, laki ku x kuat makan. Kalau beli makanan per2 mmg x best nak makan ngan dia. So sy plan2nya nak beli kek n makan kat tempat kerja hubby. Aku cuti seminggu wei.....Yihaaaa...

Nak tengok kek yang aku nak tempah?

jeng... jeng... jeng...

*


*


*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

comelkan. Ada rumah lg....

So aku plan nak beli bunga gak. Tpkan aku jer la yg terlebih romantik wat surprise bagai. Laki den... Hampeh. x reti langsung.....

Korang rs ok ker kalau aku bg bunga kat laki aku? X nampak poyo ker ah? Kang kawan2 laki aku cakap aku poyo lak. ish..ish..ish...

Sbenarnya, diaorng jeles la tu sbb bini diaorng x buat cam aku kan.. kan... kan....

Aritu ms bzday laki aku, aku wat surprise gak. Terkejut beruk dia tetiba ada delivery kek. Mesti dia x sangka bini dia yang sengal ni nak hantar kek. Sampai kwn2 dia suruh wat surprise tiap2 bulan. Bukan main lg kawan2 tu yer....

Selasa, 19 April 2011

Aku yang mengong!

Korang, tau x aku jd mengong arini. Ni gara-gara kemaruk nak anak la. hahahhaaha. Rasa lawak ngan diri sendiri. Tanpa segan silunya, petang semalam aku g beli pregnancy test. Kekonon nak cek la walhal aku tau mmg xkan kuar tanda +ve tu. So pag td aku pun dengan bangganya bangun tdo wat pregnancy test. Dan keputusannya mestilah -ve. Belum time aku dah gila mengecek. Mengongla aku ni. Sia2 8 hengget duit aku beli pregnancy test. hahhahahhahaha. Apalah nasib laki aku dapat bini cm aku ni. Haih.....

Aku ni kadang2 suka psycho diri aku sendiri. Kalau pening pagi2 mesti aku pikir aku ngandung. So bila time pagi aku pening jer mesti aku pikir aku ni ngandung. Padahal x pun. Kekonon morning sickness la. Pastu kalau tetiba mengidam nak makan mcm2, pun akau pk aku ngandung gak. Sian laki aku kene layan kerenah aku. Pastu kekadang aku ble plak tnya laki aku,

"awak rasa sy ngandung x?"
" awak xder rasa per2"
" kot2 awak ada rs naluri "ke" ayah "an" awak tu?...bla..bla..bla..

Dan seperti biasa, laki aku akan jawab, x rasa per2 pun. hahhahahhahah

Hari ni 19hb 4. Ada 6 hari lg untuk next period cycle aku. Berdebar2 aku nak tunggu, period ker x... period ker x... period ker x....

Tp kan kalau usaha kali ni x menjadi, aku x g dah kot jumpa pakar. Bukan singgit dua kene bayar. Beratus2..... aku bukan berduit sangat pun.... Aku hanya akan menunggu bila rezeki aku... tu jer la kot...

Ahad, 17 April 2011

Can't wait..

Sbenarnya, me n hubby snagt x sabar nak tunggu next appointment dengan Doc Reza. Perasaan x sabar tu lg melonjak2 bila sy tau sy produce 2 ovum. Doakan sy dan suami supaya kembar kami menjadi. My mother pun cam excited bila i cakap, i have a chance to have twin babies.Lately, saya bnyak membaca tentang kewujudan bagi kembar, mcm mana dia boleh jd kembar, cara menyusukan & mcm2 lg la. Tapi sy serahkan semua padaNya. Kalau Dia nak bg sy kembar sy terima ngan tngan yang sangat2 terbuka. Tp kalau dua2 ovum tu xleh nak bersenyawa kami terima juga ngan hati terbuka dan menganggap bukan rezeki kami. Maybe Dia dah plan yang lagi baik untuk kami suami isteri. My parents n parents-in-law pun berfikiran terbuka dan menganggap bukan rezeki kami lg untuk dapat anak. Xpenah diaorng bertanya bila saya nak mengandung. Bersyukur sangat dapat parents n parents-in-law mcm tu.

Kawan2 doakan sy ek...

Nota kaki: Lepas sy mengalami cramp perut, sy kerap kencing wpun sy jenis yang x suka minum air. B..ps pun kadang2 rasa berdenyut2. Maybe sy nak period kot. Kalau ikotkan cycle period sy, on 26th ni is my next period . Do pray for us friends for the good news...really hope!
 

Bila BanBan & BinBin rindu..

Jumaat lepas aku balik Ganu sbb nak melawat adik aku yg baru pas beranak. BanBan BinBin pd mulanya aku plan nak bw balik skali. tp x muat kereta sbbnya aku dah bw balik 4 ekor anak arnab yg adik-adik pesan. Agak sedih gak la tinggalkan anak2 aku kat umah. Before kami bertolak, hubby dah pastikan bekalan air n makanan mencukupi untuk 1 1/2 hari. Lampu pun kami bukak. sian lak kat diaorng bergelap. Mesti diaorng takut. Kita pun bila dok bergelap x nampak per2 mesti kita takotkan. So aku membayangkan BanBan BinBin pun mcm tu jugak.

Aku memang asyik dok teringat kat BanBan BinBin. Tengok arnab2 adik2 aku rs sedih snagt sbb teringatkan BanBan BinBin. 1 Jer yg aku dok risau, tetiba dua2 mati. Alahai..... Aku mmg asyik dok berdoa semoga dua2 ok.

Semalam, kami bertolak agak lambat jugak la. Lepas tolong mak aku kemas umah n memasak, kami pun bertolak. Mmg hati aku x sabar2 nak samapi. Kalau la kereta hubby ble terbang.....

Bila sampai umah jer, aku tengok dua2 tengah baring berehat. Alhamdulillah, dua2 selamat n still hidup. Bila diaorng nampak jer aku, terus diaorng bangun & berebut2 nak duduk depan pintu cage. Bila aku bukak je pintu cage, as usual, diaorng akan berlari kedapur n tunggu tepi pinggan. So sebagai hadiah sbb diaorng behave sepanjang peninggalan aku, aku kasi diaorng makan kobis. Bukan main happy lg bila boleh makan kobis. Mommy pun diaorng x layan. Xper la BanBan BinBin mommy paham, bila makanan favourite tu mmg x pandang kiri kanan.

Pas habis jer aku kasi diaorng makan, aku pun start memasak Bukan masak per pun, masak maggie jer. BanBan BinBin asyik dok ikut kaki aku kehulu kehilir. Mana aku pegi diaorng akan ikut. Sian diaorng, mesti diaorng rindu gila kat aku. Aku pun pas habis masak, luangkan masa ngan budak kecik 2 ekor ni. Usap2, cium2. Sian anak2 mommy kene tinggal. Terpaksalah nak buat mcm mana......

This Thursday, mommy is going to KL, so BanBan BinBin have to stay with ayah. Ayah will take care of both of you.

Rabu, 13 April 2011

Bosan

Harini bosan tol datang keje. Lbh dr separuh warga kolej dah berangkat ke KL sbb ada annual dinner. Naper aku x g?

1. Sebab aku malas
2. Sian lak nak tinggal suami, BanBan & BinBin kat umah.
3. Malas nak ganti kelas

Kelas aku spatutnya 6 jam harini bertambah jd 7 jam. Sebabnya kelas untuk esok dah digantikan harini. Mmg penat mengajar dr pukul 8-4. Lelah rsnya. Tp nak buat mcm mana dah keje aku!

Jumaat ni aku n hubby plan nak balik kg. Nak tengok anak saudara baru. BanBan BinBin pun aku angkut skali. Arap2 diaorng ok nak jalan jauh ni. Kalau tinggal, sian la plak. Sapa nak bg makan. Aku bukan xnak tinggalkan BanBan BinBin ngan MIL aku. Tp tu la, anak2 aku tu dah biasa dimanja, dan perut sentiasa kenyang. Aku x sure MIL aku ble x nak jg anak2 aku tu mcm aku jd diaorng. Air nak kene refill 2 kali sehari, makann nak kene tengok n tambah. Toilet tray nak kene basuh tiap2 hari. Boleh ker dia?

So, aku dok pk2, baikla aku bw skali anak2 aku tu. Lg pun diaorng dah besar n cedik skrng. Mesti diaorng behave!

Petanda apakah ini?

Bangun pagi td yelah dihidangkan ketegangan dbhagian abdomen perut. Actually, dah rs perut tegang dr mlm td. Ada sapa2 ble share, penyakit apakah ini?. Nak kata sakit perut senggugut bukan. Nak kata sakit perut salah makan pun bukan. Tp yg penting, perut ku hari ni rasa tegang n keras. Mungkinkah bnyak angin? emmmm....

Selasa, 12 April 2011

Ban Ban & Bin Bin lagi...

Ban Ban Bin Bin dah makin besar n cerdik. Badan pun dah semakin berat. Aku just harap, Ban Ban & Bin Bin x besar2 n sampai bila2 jd baby rabbit. Tp mana nak bleh mcm tu kan, mesti la diaorng pun akan membesar, jd remaja, dan dewasa. Mesti diaorng pun nak ada anak bini gak. hehehheheh. Rindunya kat Ban Ban & Bin Bin masa kecik.

Tiap2 petang pas aku balik keje, aku akan bukak pintu cage dia n cakap " jom mommy bagi carrot". So diaorng akan lompat kuar cage n berlari2 g dapur n tunggu tepi pinggan yg aku mmg sediakan untuk diaorng makan carrot. Kalau aku lambat potong carrot, diaorng akan ikut kaki aku kehulu kehilir. Dan bila aku cakap " kejap2 mommy ngah potong ni, tunggu tepi pinggan". Diaorng akan trus g tunggu tepi pinggan. Cerdikkan!

Bila tengok diaorng dok makan rs bahagia sngat. Sambil diaorng makan aku akan usap2 kepala n badan diaorng. Cium2 diaorng.Diaorng mmg manja ngan aku. Kalau tengah main2 tetiba aku g usap2 kepala n cium kepala diaorng, diaorng akan trus landing mcm ni


So bile dah start landing mcm ni paham jer la. Diaorng nak bermanja, nak diusap2 dicium2. heheehhehheh

Tomey betol!!!!!!!

Isnin, 11 April 2011

Ban Ban & Bin Bin

Korang, aku kan ada 2 ekor arnab. Umur dalam sebulan lebih. Aku sayang gila kat diaorng. Aku n hubby treat diaorng cm baby la, cam anak. hehehehehe. Mmg aku x sunyi la sejak ada diaorng ni. Meh sini aku share ngan korang gambar diaorng yg cute mute.


KESAYANGAN BETA!



 Ban Ban bermanja ngan ayah

 Bin Bin sedang menggosok gigi. Yang kaler pink tu berus gigi Ban Ban Bin Bin



 All time favourite


  Bin Bin yang nakal! pas makan masuk mangkuk.


 Kelas anak aku makan dlm bekas kaca. Sebabnya, kalau guna bekas plastik 
diaorng gigit + makan bekas tu.



 Bin Bin tengah terbalikkan badan dia. Sbb tu gambar dia cmni

 Tempat favourite lepaking, DAPUR sambil teman mommy masak!




 tengah usha ikan peliharaan hubby



 Tomeykan saya!


Nuffnang


Akhirnya, berjaya "memasukkan" (memasukkan? betol ke perkataan ni) nuffnang dlm belog ku. Setelah berpening peningan memikir mcm mana la kwn2 blogger aku buat. Aku sangtla bodoh IT. Last2 skali xtau mcm mana nak buat, aku google cara2 daftar nuffnang. Apsal la aku x terpikir nak google jer ek. Adus.... Sila2 klik iklan sy ek. sy nak kumpul duit ni...hehehhehe. Sbb sy nak buat tabungan untuk future babies. hahahhahaha. Verangan jer aku. Mcm la ada org bc belog aku ni. Haih...

Ahad, 10 April 2011

MAKE UP

Kwn2, aku ada g blajar makeup ngan amy touch & umzarul makeup. Kekononnya aku ni nak jd Mak Andam gak la. hehehehhehe. Korang bg la komen ek.

Gambar before. Comotnya muka aku..




Gambar after. Ok x?


sapa2 nak free make over meh la jumpa aku. hehehehhe. sy makandam amateur.

Korang nak tips make up x?
alau nak leh tnya aku. hehehehehhehhe

Sambungan pakar sakit puan

Before aku sambung citer pasal progress aku, aku nak share sket gambar anak buah aku yg baru lahir.
Presenting....
TADAAAA......






Nama lum tahu lg. Ntah mcm mana ek perasaan mak ayah aku dah jd atok n nenek. hehehheheheh. Baby tunggu Mak Long balik Jumaat ni.

Ok berbalik pasal Doktor sakit puan, untuk 3rd consultation, Doc tu charge aku RM250. Pastu dia ada bg 10 set alat untuk menguji kesuburan.
.
Mengikut keterangan kat benda alah ni, aku kene buat urine test tiap2 pagi pas bangun tido. Kalau +ve dia akan kuar 2 line. Tp kalau Test Line tu warnanya samar2, tu x dikira sebagai +ve. Unless warna untuk Test Line sama terang / lebih terang dr control line. Setakat hari ni aku dah buat 3 kali urine test. Tp warna test line still samar2. So maksudnya, ovum aku x pecah lg. So aku kene keep buat urine test sampaila warna Test Line tu terang. (Korang paham ker per yg aku tulis ni?)

Ni rupa benda alah tu. lebih kurang mcm pregnancy test


 nampak x tulisan C & T?
C= control line
T= test line

  
Lupa nak bgtau korang, masa doc buat vigina scan, doc telah kesan 2 ovum. 1 belah kiri n 1 belah kanan. So aku dok pk adakah possibility untuk aku dapat kembar ada? so aku tnya kwn aku TINA. Dia cakap possibility untuk aku dapat kembar tu ada. Arap2 Allah perkenankan doa aku n hubby.

Nak share ngan korang, note yg Doc Reza bg kat aku.




Aku kene jumpa balik Doc Reza selepas 3 minggu urine test aku +ve. Doakan aku kwn2.

Khamis, 7 April 2011

Pakar Sakit Puan

Ok, kita sambung citer kesah Dr. Reza. Aku miscarriage 3 March aritu. So lepas aku dah kering darah, aku pun g la jumpa Dr. Reza ni. 1st time consultation dia just bg aku vitamin n dia suruh aku datang balik bl aku 1st day period. So 31 March, aku g jumpa dia untuk 2nd consultation. Lupa nak bgtau, untuk 1st consultation aku n hubby cm risau gak la, brapa ratus la agaknya. Tp alhamdullilah bil x sampai 100. Masa 1st consultation, dia scan rahim aku. Alhamdulillah semua ok kecuali ada cyst. Tp kecik jer cyst tu.

Berbalik pd 2nd consultation, doc tu bg pil subur (10 bj) untuk dimakan selama 5 hari (hari ke 2, 3, 4, 5 & 6 period). Hari ke 7, 8 & 9 aku kene pegi jumpa dia balik untuk scan telur. Untuk second consultation, aku just kene bayar RM 25.

So semalam aku pegi lg jumpa doc reza untuk 3rd consultation. Semalam aku neves sket sbb kene buat vigina scan. Ingatkan scan kat bahagian luar jer. Tp rupanya dia scan ikut dalam. Neves, malu semua ada. heheheh. Tp untuk seorng zuriat, aku tebalkan jer muka aku ni.hihihihihiihi. So lepas dah buat vigina scan. doc dah scan telur semua ok so dia ada bg jadual bila patut bersama suami dan juga alat untuk menguji bila kita subur. Nnti aku post gambar benda alah yg nak uji kesuburan tu.

Ahad ni aku sambung balik cerita ek.

By the way, aku dah jd Mak Long arini. Adik aku dah selamat lahirkan bb boy. next week kene balik ni tengok anak sedara. Teruja you!
  

1st entry

Aku  sbenarnya dah ada blog dulu. Tp aku tutup blog tu atas sbb2 tertentu. So skrng aku rasa aku nak menulis balik. Sbbnya aku dah mula rasa aku dah jd pelupa ngan peristiwa2 lepas. Salah satu reason kenapa aku nak menulis sebab aku nak mencatat apa chronicle yang berlaku selepas aku g jumpa pakar sakit puan.

Niat aku bukan la nak menunjuk atau mengada2 ngan kewujudan blog aku ni. Tp aku just nak share ngan kwn2 aku yg mungkin ada masalah mcm aku. Tp blog ni bukan la aku nak citer pasal cite2 mengandung jer, tp semua pasal dunia aku!

Aku dah kawin almost 3 years. Penah mengandung 2 kali. Tp kandungan x survive lama. Kandungan pertama ble survive just for 7 weeks. Kandungan kedua lak gugur ms dia baru nak masuk 4 weeks. Xder rezeki. Nak buat mcm mana.

Lepas aku keguguran kali kedua, aku rasa aku patut pegi jumpa pakar n check kenapa kandungan aku x leh survive. Mula2 aku plan nak g Klinik Ang. Tp disebabkan kengkangan masa kami xleh nak g. Sbbnya klinik tu bukak siang jer, mlm dia x bukak. Before this aku penah la g jumpa sorang doc kat hospital Tuuuut (hospital swasta la yang agak glemer di KB ini). Tp x sure doc pakar ker x. Saja nak g check. aku g jumpa doctor ni lama dah lepas setahun lbh aku kawin. Tp aku mmg keciwa sngat la ngan doc tu. Scan lebih kurang, bg ubat pastu charge mahal. Hampeh tol.. sejak dari aritu, aku jd malas nak berubat. Sampai la aku jumpa ngan DR. Reza.

Doc ni mmg best. Service pun tip top.Mmg puas hati. Next entry aku sambung lg pasal progress aku skrng.