Isnin, 5 Disember 2011

Rezeki keluargaku...

Alhamdulillah rezeki keluarga aku. Sejak bulan 11 aritu aku x menang tangan di hujung minggu sbb bz pegi makeup orng. Aku pun x sangka apa yang aku plan selama ni menjadi. Syukur sangat2.

Tapi sayangnya, gambar2 mereka2 yang aku makeupkan x leh nak post lg kat sini sbb belum dapat lg dr photog.

Selasa, 25 Oktober 2011

Kelas Make Up

Dah lama aku x update blog. Ke-bz-an ditambah plak ngan kemalasan, jdnya berhabuk la blog aku ni. Just nak share ngan kawan2 blog, jumaat n sabtu lepas aku g kursus makeup pengantin. Korang nak tengok gambar2 model yang aku makeup? banyak lagi sbenarnya aku nak kene perbaiki n belajar.

Korang enjoy jer la gambar2 ek:

Day 1 (makeup simple untuk nikah, hantar menantu & tunang)- makeup yg sweet2 gitu...




Day 2 (untuk makeup sanding)- ni kene makeup over sket. Tp bukan sket over tu, pada aku over yang banyak.

sorryla. gambar ni ambik guna camera cap ayam aku plus aku dok blakang cameraman, so gambar agak jauh n kabur.





























 Korang rasa ok x?

For my personal opinion, aku x berapa suka this kind of makeup. Terlalu tebal dan mcm topeng. Aku jenis yg suka makeup natural2 n sweet2 gitu. Korang punya taste mcm mana lak?

Jumaat, 30 September 2011

Day 13

Hari ni hari yang ke 13 anak2 BanBan hidup kat dunia ni. Bulu pun dah tumbuh, mata pun dah bukak (snagt comel) dan dah boleh berjalan (lagi bertambah2 comel).


Lupa nak bgtau kat korang, BinBin pun dah selamat beranak-2 ekor anak dia. Tapi anak2 BinBin semua mati. Sebabnya, si BinBin ni x pandai nak susukan babies dia. Kesian snagt (sedih dowh)

Ok, aku nak share ngan korang gambar2 anak2 BanBan.





Comelkan diaorng ni

Isnin, 19 September 2011

OMG BanBan dah beranak!!!

Rutin aku hari2, kalau x lepas bangun tdo, b4 g keje aku akan jenguk BanBan BinBin. Semalam aku notice BanBan dah gugurkan bulunya. Tapi x banyak. So aku bg tau hubby bulu2 BanBan dah gugur, then hubby said maybe dah nak beranak. Tapi kami x budget la si BanBan akan beranak on da same day jugak. Kami budget2 maybe hari ni ker, lusa ker.

Samapi kat ofice aku trus google"tanda2 arnab nak beranak". Dalam article tu cakap, bila rabbit dah start gugurkan bulu2nya mean dia dah nak beranak, so kita boleh la standby kotak ker, guri aka pasu ke untuk dia beranak.

So petang semalam dalam kete, aku dengan excitednya menceritakan pembacaan aku kat hubby. So i said kita boleh prapare per yang patut. Tapi hubby gelak bila aku cakap mcm tu, then he said,

"kita mmg kene buat persediaan seperti beli pampers, bedak n baju tuk baby BanBan". Huh, he made a joke!!!

Bila kami sampai umah, seperti biasa aku akan jenguk anak2 aku. And surprisingly BanBan dah beranak!!! poor my baby beranak sorang2. Aku cepat2 panggil hubby sbb aku geli tengok rabbit babies yang kecik n mcm anak tikus.

So kami agak kelam kabut semalam sbb x tau nak letak dalam apa anak2 BanBan ni sbb x buat preparation per2 pun. last2 aku ambik dulang yang aku buat hiasan atas kabinet  TV. Kesian tengok babies BanBan. Golek kanan, golek kiri. Asyik golek2 jer kejenya. Dan aku x tau bila BanBan susukan anak2 dia. Takot babies BanBan xleh nak survive jer....



 Boboy, laki BanBan.








 BanBan tengah susukan babies

 day 2. x sabar nak tunggu diaorng tumbuh bulu n bg nama


mama BanBan tengah berehat

Khamis, 15 September 2011

Mimpi yang....

Lama x update blog. Bz sket lately plus malas plus xder idea. hari ni nak citer sket pasal mimpi aku.

Beberapa minggu lepas,

(mimpi 1) aku minpi laki aku ada affiar ngan pompuan lain


(mimpi 2) aku mimpi laki aku dah kawin lain plak


dan malam td


(mimpi 3) aku mimpi laki aku dah ceraikan aku....


mlm td mmg aku terkejut n trus bangun tdo. tengok jam baru kol 11.15 pm. So aku pun menenangkan hati aku ngan minum air n makan kerepek sambil tengok tv. Arap2 mimpi jer ni.


Korang penah x dapat mimpi bersambung2 cm ni?

Rabu, 7 September 2011

Macam mana raya korang?


Selamat hari raya korang. Macam mana raya korang? Seronok ker? Raya aku tahun ni penuh ngan raya penat n sedih. Penat sebab paksu aku kawin raya lepas. So dari hantaran, pelamin, makeup, hiasan bilik tudur aku yang buat dan dibantu oleh makcik pakcik dan suami tercinta. Aku kan agak pokok2 renek sket. So kalau nak memaku tempat yang tinggi2 tu haruslah mintak tolong orang.
Disebabkan mmg bz sesangat so aku x ingat nak ambik gambar pelamin yang kami DIY. Cam x caya jer kami mampu buat pelamin dengan budget yang ciput. Rugi la plak rasanya x sempat ambik gambar. Tapi gambar ngan photog sure ada la kan. Kami agak berpuas hatila ngan semua hiasan yanh kami DIY.
Cerita sedih masa raya plak, bila ada sedara maraku yang menghina aku n suamiku sbb kami xder anak lagi. Aku hampir2 nak balik KB. Tapi adik n atuk aku halang. Nenek aku pun mcm nak hysteria bila aku nangis2 bawa beg nak balik KB. Agaknya kalaula aku balik juga aritu mahu masuk spital nenek aku.
Perasaan mmg sedih sesangat bila ada yang menghina kami sbb xder anak. Kalaula dia tnya elok aku boleh terima. Tapi bila diaorng cakap

“ mu ni x pandai, sbb tu xder anak” – makcik 1
“koman mu ni. X pandai sbb tu xder anak lagi- pakcik 1
“ yang ni x jadi ni… xjadi…. –makcik 2

Bayangkan dalam masa 2 hari 3 kali aku dengar benda ni. Kalau korang sedih x?
Bila makcik 1 n pakcik 1 cakap mcm tu aku menjawab. Aku cakap
“kalau buat hari2 pun kalau xder rezeki xder jugak”. Dua2 dian bila aku cakap mcm tu
Masa makcik 2 cakap kat aku, aku ada jugak menjawab menda yang sama, tapi masa tu sebak n sedih xleh nak dibendung lagi. Trus aku nangis.
Hina sangat ker orang yg xder anak lg ni?

Selasa, 16 Ogos 2011

Perancangan raya tahun ni

Banyak betol perancangan raya tahun ni. Tapi rasanya mcm x menjadi jer sebab ada bnyak benda yang xsettle lagi. Tahun ni plan nak buat biskut raya. Tapi x membazir ker ek sbb tahun2 sudah xder orng datang umah aku pun (cmner nak datang alau aku balik kg). Lagi 1, alau buat untuk makan sendiri, rasanya mmg x termakan. Sbbnya karang aku sorang jer yang dok balun, laki aku? tengok jer la sbb dia x suka biskut2 ni.

Tahun ni plan nak buat rendang ayam. Dah banyak tahun aku ni mengidam nak makan rendang ayam. Tapi... slalu x kesampaian sbb aku slalu jumpa rendang daging jer. Rendang ayam xder. Kesian kat aku yg x makan daging ni

So akan ku usahakan untuk masak sendiri rendang ayam itu. Menu lain untuk raya tahun ni adalah soto. Ni makanan fav laki aku. Alau aku nak tengok dia asyik2 masuk dapur, masak la soto ni. Kejap2 dia akan masuk dapur, makan. Hehehhehehhe

Tahun ni, aku raya umah MIL dulu. Petang baru gerak balik ganu. Spatutnya, tiap2 tahun kene raya umah aku sbbnya, aku kan duduk dekat ngan mak mertua aku. Tiap2 minggu balik. Tapi x per la... Kekadang sian gak kat mak aku sbb aku jarang2 boleh balik