Ahad, 19 Jun 2011

Make up dinner

Gambar ni dah lama tp baru nak share. Ni pun lupa nak ambik gambar before. Curi kat FB lagi.


Another test makeup

 Seperti biasa, gambar diambil oleh kamera cap ayam. Gambar sebelum lupa nak snap. Ni pun curi gambar tuan diri kat FB




Test makeup

A friend of mine nak test makeup untuk majlis bertunang. Dia ni x penah makeup dan dia rasa agak pelik bila mukanya bermakeup. Makeup simple jer sbb dia x nak over2. Gambar x brapa clear snagt sbb guna kamera cap ayam jer


Isnin, 13 Jun 2011

Tempahan hantaran

Kawan aku nak tunang bulan depan. So dia suruh aku buat hantaran dia. So ni la hantarannya.
Pink belah lelaki dan coklat krim belah pompuan. Tp yang belah pompuan x siap lg la. Baru siap 1 bekas.
Barang2 dalam bekas hantaran ni semuanya aku yg punya. Pihak lelaki n perempuan belum bg barang2nya lg










Khamis, 9 Jun 2011

Nak tanya korang ni?

Aku nak buat bisnes card ni. Tp aku x tau nak letak nama per untuk bisnes andaman aku ni. korang rasa aku sesuai letak nama per?

ada cadangan x?

xder tajuk!

Next week, laki aku kene g kursus. Seminggu wei. Tinggalla aku sesorang kat umah. Mujur ada Banban, Binbin n ikan2 belaan lakiku. Speaking about ikan, aku n laki aku ada buat kolan kecik kat luar umah. Ala bele ikan guffy je pun. Aku buat sendiri ngan laki aku. Xderla kami menggaul simen pun, just guna batu bata and plastik ynag buat alas meja tu. Dah jd kolam mini. Tambah sket pokok2 keladi renek, memang mandamai jiwa.

Petang2 balik keje, kami akan lepak tepi kolam mini. Sambil2 berbual ngan Banban Binbin. Nnti aku upload gambar kolam mini aku. Kot2 la korang nak tiru. hihihihihihiih

Semalam aku ada singgah kat syarikat perumahan. Sesaja la kekonon bnyak duit nak beli umah. Ambik brosure and cakap ala-ala cm aku nak beli ngan orng kat company tu pastu aku blah. Bila balik office, aku dok belek brosure tu, umah cm cntik, menarik kau mmg da boom la kan. Tp umah tu double storey. Aku ni lemah sket alau umah double storey ni. Susah nak kemas. Karang dah tua, mesti x larat nak naik atas (kolot sangat ker pikiran aku ni ek?). Laki aku pun mcm berminat gak la. So ari ni aku suruh dia buat kira2. Brapa sebulan kami kene bayar. Tp kan kalau ikutkan, kami mmg x mampu pun lagi nak beli umah. Duit tiap2 bulan pun cukup2 makan jer. Tapi kalau angan2 xkene bayar kan! hihhhihii. Doakan rezeki kami sekeluarga murah ek.

Umah yang aku tengok ni agak besar, 4 bilik tidur, 3 bilik air kot. Harga pun boleh tahan jugakla kan. Tapi kan nak beli umah ni bukan stakat nak kene pikir deposit, tapi mesti dah beli nnti nak ubah sana-sini. Aku ni citarasa boleh tahan jugak. Tapi aku xkan beli kalau aku rasa kami x mampu nak bayar.

Dah dah la citer pasal umah ni.

Ada sesapa x sudi temankan aku next week. Aku sesorang kat umah. Laki aku mcm risau gakla aku dok umah sesorang. Tapi aku nak ajak sapa? Kwn2 semua dah kawin!!

Korang, lupa nak bgtau, sabtu ni kawan aku nak datang umah buat test makeup. Dia nak tunang awal bulan depan. Arap2 semua berjalan lancar dan aku arapkan ni adalah permulaan biznes andaman aku. Boleh kumpul duit cepat n beli umah!!! Yeay!!! nnti aku update ek. Korang komen la nnti ek

Rabu, 8 Jun 2011

Gotong royong

Ari ni kami ada gotong royong sbb ada sesetengah pensyarah yg kene tukar bilik. Sebabnya, skrng ni kami semua kene duduk ikut jabatan. Sedih gak la, walaupun aku x berpindah, tp kwn2 yang dah rapat terpaksa lak berpindah. Pagi2 dah huru hara ofice, Ada yang tolak troli, ada yang tolak drawer n ada jugak yang tolak almari. Wpun aku x berpindah tp aku pun ringan2kan tangan la menolong kawan2 yang kene pindah.

Aku xpenah bgtau korang kan yang aku ni ada habit suka mengemas. Penah dulu masa aku sekolah menengah, aku kemas bilik, umah n dapur dr pagi sampai petang. Mengemas tu dah jd mcm habit, hobi and buang tebiat. Kenapa aku cakap bunag tebiat sbbnya kekadang ruang tamu, bilik tidur, dapur n bilik air x berselerak pun tp aku akan kemas jugak. Dan aku akan ambik masa berjam2 kemas. Sbb tu aku cakap buang tebiat. Dan tabiat mengemas n cerewet pasal kekemasan ni jd bertambah2 teruk sejak aku makin meningkat tua ni. Aishhhhhh......

Laki aku pun kekadang dok bising,

" awk kemas apa tu, bukannya bersepah pun"

Tp sebab dah tebiat nak buat mcm mana. Menyapu 5 hingga 6 kali sehari tu benda biasa pada aku. Bangun pagi sapu dapur dulu. Masa mengemas dapur pun sapu lg. Sebelum masak pun sapu. Dah abis masak pun sapu. Lepas makan n cuci pinggan sapu lagi. Dah lepas sapu pun sapu lagi.... Kekadang aku risau ngan tebiat aku ni. Makin tua makin teruk.

Camner nak buang tebiat aku ni ek? Ada tips kawna2?

Aku penah la cakap kat kawan2 aku, kalau aku anak ramai nnti aku nak ambik orang gaji sbb aku rasa mcm x sempat nak kemas umah. Tapi kawan2 aku cakap, aku xleh nak ambik orang gaji sbb aku cerewet. Yer ker aku cerewet? Aku x rasa aku cerewet. Aku cerewet pun dengan diri aku sendiri n laki aku jer. Dengan orang lain ikut diaorng la nak kemas mcm mana pun umah diaorng.

Masa aku bertunang dulu, laki aku pelik tengok aku. Penah la aku g shopping ngan dia. Dan cakap nak beli hanger. Aku ok la, g la cari hanger ngan dia. Pastu aku ble tnya dia, hanger kat umah warna per? Dia cakap warna warni. Bila aku dengar jer warna warni, alu terus beli hanger 1 color banyak. Pastu aku cakap kat laki aku, hanger yang warna warni tu buat jemur baju. Hanger yang baru beli ni buat sangkut baju2 biar seragam aku cakap. Sejak dari tu la dia tahu aku ni jenis mcm mana. Dan 1 benda yang lagi memeningkan kepala laki aku bila aku sangkut baju dalam almari, jarak antara 1 hanger dengan hanger lain mesti kene sama. Bengong x aku? Geleng kepala laki aku ngan perangai aku ni.

Aku harap, perangai aku ni xkan jd semakin teruk. Risau gak aku kalau jd makin teruk. Aku la nnti jd penat sbb mengemas jer kejenya...