Selasa, 16 Ogos 2011

Perancangan raya tahun ni

Banyak betol perancangan raya tahun ni. Tapi rasanya mcm x menjadi jer sebab ada bnyak benda yang xsettle lagi. Tahun ni plan nak buat biskut raya. Tapi x membazir ker ek sbb tahun2 sudah xder orng datang umah aku pun (cmner nak datang alau aku balik kg). Lagi 1, alau buat untuk makan sendiri, rasanya mmg x termakan. Sbbnya karang aku sorang jer yang dok balun, laki aku? tengok jer la sbb dia x suka biskut2 ni.

Tahun ni plan nak buat rendang ayam. Dah banyak tahun aku ni mengidam nak makan rendang ayam. Tapi... slalu x kesampaian sbb aku slalu jumpa rendang daging jer. Rendang ayam xder. Kesian kat aku yg x makan daging ni

So akan ku usahakan untuk masak sendiri rendang ayam itu. Menu lain untuk raya tahun ni adalah soto. Ni makanan fav laki aku. Alau aku nak tengok dia asyik2 masuk dapur, masak la soto ni. Kejap2 dia akan masuk dapur, makan. Hehehhehehhe

Tahun ni, aku raya umah MIL dulu. Petang baru gerak balik ganu. Spatutnya, tiap2 tahun kene raya umah aku sbbnya, aku kan duduk dekat ngan mak mertua aku. Tiap2 minggu balik. Tapi x per la... Kekadang sian gak kat mak aku sbb aku jarang2 boleh balik

Isnin, 15 Ogos 2011

Happy bzday to me

Today is my bzday. Thanks Allah because u give me a chance to still alive.

Ahad, 14 Ogos 2011

AKu seorng pemikir dan pe mendam perasaan...

Aku senang berpikir skrng. Tapi x tau mcm mana nak luahkan apa yang aku tengah pikir skrng. Nnti kalau aku cakap ngan orng tu, dia terasa plak. Aku kalau boleh x nak dia terasa hati ngan aku. Tapi sampai bila aku nak pendam benda sorang2. Aku x pasti samaada aku patut bgtau atau aku pendam jer perasaan aku. Atau aku memang patot pendam jer smpai semuanya selesai dan berakhir. Hati dan perasaan dia yang penting atau hati dan perasaan aku yg penting? Mungkin aku patot pendam jer perasaan dan ikot jer jalan yang dah ada depan mata. Aku just takot kalau aku luahkan akan memudarat dan memanjangkan cerita dan akan terjadi benda2 x elok.

Ok, fine, hati dia dan perasaan dia lagi penting dari hati dan perasaan aku. Itu keputusan aku. Aku akan cuba untuk menjadi hati batu. Dan akan ku pendam dan terus berpikir sampai aku mati.....


p/s: rindu plak rasa nak balik kg.

Isnin, 8 Ogos 2011

Ramadhan ke 8, syukur aku masih lagi boleh berpuasa

Alhamdulillah, stakat ni aku masih lg berpuasa. Korang berbuka apa ptng ni? Hari ni aku repeat menu semalam. Nasi air dan tembikai laici. My laling tetita msg arini,

"Yang, kita makan nasi air lagi"

La... xpuas makan rupanya semalam. My dear laling mmg berselera makan semalam. Seronok tengok dia makan banyak dan bertambah2. Selalunya, si buchuk saya ni kurang makan. Kene ngan selera dia latu. Kesian lak kekadang tengok dia x lalu makan... Nnti nak keje macam mana kalau makan pun kurang.


K la korang, nak balik dah ni....
Selamat berbuka semua

Ahad, 7 Ogos 2011

Menu apa untuk ramadhan ke 7 ni?

Korang plan masak per harini? Aku n hubby kurang berselera sket ramadhan kali ni. So aku decide untuk masak nasi air kelantan @ org luar panggil bubur nasi. Tapi nasi air kelantan ni lain sket dr bubur nasi org luar.

Gambar oleh makcik google


ni resepinya

masak nasi (lebihkan air supaya nasi lembik)

untuk sup

rebus ayam bersama halia (lg banyak lg wangi sup)-kadang2 saya suka masukkan juga kentang
dalam kuali berasingan tumis bawang putih, bawang merah, serai, sup bunjut bersama sedikit sos tiram
Agak-agak bahan tumis dah garing, tuangkan dalam periuk yg ada rebusan ayam td. Biarkan mendidih dalam beberapa minit.

Accessorynya pulak

ikan bilis goreng
ayam goreng yng dicarik2
kailan goreng
daun sup
sambal kicap (Goreng tanpa minyak cili & bawang putih. Blend bersama kicap. Tambah sket garam, gula n perahan asam limau)
ayam masak merah (Saya suka makan nasi air ngan ayam masak merah. Ayam sy potong dadu)

Saya suka sangat nasi air ni. Ditambah plak ngan tembikai laici. Arap2 saya dan suami makan bertambah!

Khamis, 4 Ogos 2011

Jahit manik

Petang semalam aku g cari manik. Tapi manik warna merah yang seakan-akan ngan baju xder. So aku tnya la akak kat kedai tu sbb kedai tu ada ambik upah jahit manik gak, akak tu suruh aku cmpur kaler. Aku pun ok la sbb mmg xder warna yang seakan2. Bila nak jahit, rasa mcm x sesuai jer. Tapi laki aku kata ok warnanya. Emmmmmmm....... risaunya sbb ni 1st time aku jahit manik baju orng. Slalunya aku jahit manik baju sendiri jer........

oh ya, sabtu ni aku nak  practice makeup ngan sifuku. Arap2 ada improvementla ek.

P/S: Korang masak per hari ni? Aku/ Lum pikir lg.... Tp tekak rasa nak makan sambal udang petai. yummy!!!!

Rabu, 3 Ogos 2011

Jahit manik

Plan malam ni nak jahit manik kat baju kawan aku. Dia suruh aku jahit manik kat 2 pasang baju kurung dia. Nak charge berapa pun aku x tau sbb aku baru berjinak2 dlm manik2 ni. nnti dah siap aku tunjuk kat korng. x sabar ni

p/s: bnyak rupanya bakat terpendam aku. huhuhuhuhuu. Aku plan nak DIY plan paksu aku masa kenduri nnt. Nnti aku post kat sini ek. ble la korang komen. huhuuhuhu. I'm officially mak andam keluargaku.

Masak per harini?

Korang masak per untuk berbuka harini? Aku plan asal nak buat masak lemak cili api ketam. Tp memandangkan pakcik kat pasar tu x nk jual 3 ekor ketam kat aku, so aku tukar plan ketam menjadi udang. Semalam aku masak sup sayur ikan tongkol berlada. Jom aku share cara aku masak sup sayur n ikan tongkol berlada.

Sup sayur

bawang putih (untuk buat sup2, lg bnyak bawang putih lg sedap-ni resepi orng cina)
bawah merah sket
halia
ayam/ daging/ udang/ sotong (ikut suka la nak lauk apa)
black paper
serbuk sup (aku guna adabi)
sayur-sayuran (slalu aku guna sawi, kubis, batang saderi, carrot)
air
garam

cara-cara

bawang putih, bawang merah & halia ditumbuk kasar
tumis bahan-bahan tumbuk sampai garing
masukkan lauk
bubuh air sket (agak2 tenggelam lauk)
masukkan black paper, serbuk sup adabi, garam (tunggu seketika)
masukkan sayur (mulakan dengan sayur-sayur keras dulu, agak2 lembut baru masukkan sayur lembut.
kacau sekejap tutup api.

aku ni suka sup sayur yg warna kuahnya kerok2 sket.

ikan tongkol berlada

ikan tongkol di goreng
bawang besar, bwg putih, halia, lada (ditumbuk)
panaskan minyak, tumis semua sampai masak
masukkan garam, pasti sedap n sos tiram sikit
masukkan ikan, kacau seketika dan siap untuk dihidang

selamat mencuba

Isnin, 1 Ogos 2011

Bantal alas par II

Nnti aku nak tunjuk cmner nak buat bantal alas par. So misi skrng mencukupkan barang!

Ramadhan pertama untuk tahun ni

Syukur snagt aku masih lg bernafas tahun ni untuk menyambut ramadhan. Syukur snagt Ya Allah kerana beri kesempatan untuk aku memohon ampun, baiki segala salah silap n keterlanjuran aku sepanjang aku hidup.

Puasa tahun ni agak bermakna bg aku and suami. Puasa tahun ni xla se kelam kabut puasa tahun lepas. Sebabnya, rumah kami yg dekat sesangat ngan tempat keje. Alau x tahun lepas, kelam kabut memasak xleh nak cakap sebab sampai umah lambat. Sangat penat, tapi aku sungguh bernasib baik sebab suami seorng yang memahami dan x kesah kalau time berbuka tu aku x siap lg masak.

Seperti tahun2 lepas, suami agak liat untuk bangun bersahur. Dia lg sayang tido dr makan. So terpaksala aku kejut n pujuk dia. Dah mcm pujuk budak2 lak rasanya. Tapi suamiku harus bersahur n makan kenyang2 sebab keje dia yang memerlukan tenaga yang lebih. Walaupun aku pun penat keje, tapi aku tahu suamiku lagi penat. Aku ni just mengajar - pegang marker n pen, pastu jari dok tekan keyboard jer. Suami ku lebih dari tu.

Raya tahun ni agak risau la sket sbb x tau nak tinggal anak kesayangan kat mana. Si comel BanBan n BinBin. Dah makin besar and manja. Pagi tadi pun diaorng bangun bersahur. Xtau la puasa ker x tu. Xper BanBan BinBin babies lg, xyah puasa pun x per. huhuhuhuuh. Sicomel peneman dikala sunyi.






SELAMAT BERPUASA KAWAN2