Selasa, 31 Mei 2011

Oh sungguh sentap ok!

Aku sungguh sentap ngan sorang student ni. SENTAP SUNGGUH2. Dah la student baru. baru jer mendaftarkan dirinya minggu lepas. Harini buat TAIK lak ngan aku. Sungguh kurang keajaran.

Alkisahnya, aku tetiba nak plan cuti ari Khamis.  So disebabkan aku ada kelas ngan budak ni ari Khamis, so aku plan nak ganti kelas ari Khamis tu esok. Aku pun dengan bersungguh2 mencari nama pelajar2 baru ni. Dan kebetulan lalu la seornag pelajar senior. Aku pun tnya la dia tau x mana2 pelajar baru, sbb aku nak no phone. Untuk pengetahuan korang, aku belum jumpa lg budak2 baru ni. Esok adalah fist date kami.

So bila pelajar senior tu nak bg sorng nama, aku pun menggodakla sistem untuk mencari ni phone number budak kurang asam ni. Dan akhirnya, aku jumpa la no phone budak kurang asam ni. Bila aku cal rupanya no phone dalam sistem adalah no phone kakak dia. So xder masalahla aku pun mintakla no phone budak ni dengan kakak dia. Kakak dia cam dah gelabah tetiba aku call n cakap aku lecturer adik dia. Dia gelabah sbb dia ingat adik dia wat problem ker, apa ker. Jadi satu keje lak aku kene explain panjang lebor. haih..... so aku just mintak kakak dia send no phone adik dia kat aku.

So bermula la cerita yang menyentapkan hati aku.

Aku pun call budak kurang asam ni. Aku dok call 2, 3 kali tp still xleh. Maybe dia tutup phone kot pada pikiran aku. Pastu aku berusaha mencari nama lain. Dan aku jumpa 1 nama. Kita panggil dia F. Aku pun call budak F ni. Bla...bla..bla.. (bincang) dan dapat kata putus. confirm esok ada kelas.

Tetiba msg bunyi. Rupanya dr budak kurang asam

Budak kurang asam: sapa ni?

aku pun reply msg dia.

Lecturer Baik (aku la tu): i'm ur english lect. It ok, i've called F.tq (aku tulis mcm ni la)

pastu budak kurang asam ni reply msg aku

Budak kurang asam: WTF..? which fatin? theres plenty of fatin in Malaysia.. don't do those stupid english lec or what so ever nigga...

dia reply mcm ni kat aku. SENTAP mak nok. Mmg SENTAP!!!!

pastu aku reply.

Lecturer yg baik: c u in class tmr n u will know me. next time jaga bahasa.

kalau korang jd aku, korang sentap x?

Banban & Binbin are mating now

Akum. korang aku nak share ni. Banban n Binbin tengah mating sekarang! Mati2 aku ingat rabit aku tu dua2 jantan, rupanya sepasang. Alkisahnya, aku balik dari kampung Jumaat petang, tetiba aku tengok si Bin bin dok panjat si Banban. Sebelum tu aku penah tengok si Binbin panjat si Banban, tp dia panjat salah tempat. hihihihihi. Perasaan aku masa aku tengok anak2 aku tengah mating adalah sangat sedih! Sedih sebabnya diaorng baby lagi. Umur pun muda lg. Baru 3 bulan. Nangis gak la aku kejap sebab sedih.huhuuhuhuhu.Banban makin besar makin cantik n comel. Bulu makin kembang n tebal. Nnti aku upload gambar si kecilku Banban n Binbin

Rabu, 25 Mei 2011

Aku sudah bersedia..

Ok skrng aku rasa aku nak bergiat aktif dlm dunia makeup2 ni. Rasanya aku dah bersedia. Sampai bila aku nak takot2 kan. So skrng aku nak cari 10 orng yang willing nak di make over. Anybody?

Khamis, 19 Mei 2011

Sunyi....

Hai korang. Dah lama aku x update blog. A bit bz lately ngan jg exam, pastu tanda kertas plak. Dah tanda kertas nak key in lg. So skrng ada ms sket nak menulis.

Aku plan nak bela kucing plak la. Banban Binbin ni diaorng x suka aku dok kelek, dukung and cium. Kalau aku panggil diaorng mesti diaorng lari sbb ingat aku nak tangkap diaorang. Tapi memang diaorng la pengubat sunyi aku. Slalu jugak aku bercakap ngan diaorng. Tp aku x taula diaorng paham ker x.
Hubby aku plak bela ikan. Aku tau dia sunyi. Sian lak kat dia. Buat masa skrng ni pikiran aku memang kosong pasal anak. Memang dah x pikir langsung. Kalau ada rezeki, ada la. Kalau ditakdirkan aku memang xkan ada anak, kene pasrah la.

Nnti aku nak upload video Banban Binbin. Banban ni, dia manja sesangat dan suka buli Binbin. Kalau boleh dia xnak aku bg perhatian kat Binbin. Pastu suka sangat rebut kubis dr mulut Binbin. Sian Binbin asyik kene buli. Tp slalunya bila BanBan berubut kubis ngan dia, dia akan mengalah. Good boy Binbin ni.

Si comel aku dua ekor tu dah nak masuk 3 bulan. Dah besar and bulat muka. Mana xnya makan ejr kejenya. Tp bila dapat main2 kat luar memang x ingat nak makan. Sampaikan aku kene panggil and ambik sekor bw makan baru nak makan. Kalau boleh aku ni xnak kurung anak2 aku tu. Tp tu la kalau x kurung nnt diaorng berak n kencing merata. Kalau aku kurung, diaorng wat muka kesian kat aku. 



Anak sedara aku dah makin tembam skrng. Kaki pun dah kuat nak diri. x sabar nak balik kg ujung bulan ni.


BUDAK YANG AKU RINDU




Isnin, 16 Mei 2011

Hantaran untuk Pok Su

Hujung bulan ni Pok Su aku akan bertunang. So disebabkan kecraziness aku terhadap barng2 yang melibatkan pengantin ni, aku telah mengoffer diriku untuk buat hantaran. Nenek aku pesanbuat biasa2 jer. Tp aku ni mana boleh buat biasa2. Bab hantaran & makeup ni aku naik "Sheih". dengan berbekalkan wang sebanyak RM 150, ni jer la yang mampu aku buat. tp ni baru sparuh, ada lg 3 bekas yang aku kene buat.


sireh junjung yang x berapa nak junjung bersama bekas cincin


telekong

towel

Sabtu, 14 Mei 2011

Make over lg

Malam td Ada (my office mate) datang umah nak makeup untuk g dinner. Ada datang abit late. Almost 8 pm. So me a bit kelam kabut makeup kan Ada. Banyak benda yang x leh nak buat sbbnya takot Ada lewat g dinner. tu pun dia mmg dah lewat. Nnti aku upload gambar Ada. Yang pentingnya aku memang x puas hati. If cukup masa aku boleh buat lg bagus. Sorry Ada if makeup nampak x cantik.

Ahad, 8 Mei 2011

Nak tanya korng ni...

Kengkawan, aku ni rsnya nak buat bisness la. Tp x tau nak wat bisness per. Aku sbenarnya snagt sukakan hasil2 seni ni. So aku plan nak buat bisness mekap n ambik upah buat hantaran. Korang rasa ok x? Sila2 la bg komen tentang plan aku ni.