Rabu, 3 Ogos 2011

Masak per harini?

Korang masak per untuk berbuka harini? Aku plan asal nak buat masak lemak cili api ketam. Tp memandangkan pakcik kat pasar tu x nk jual 3 ekor ketam kat aku, so aku tukar plan ketam menjadi udang. Semalam aku masak sup sayur ikan tongkol berlada. Jom aku share cara aku masak sup sayur n ikan tongkol berlada.

Sup sayur

bawang putih (untuk buat sup2, lg bnyak bawang putih lg sedap-ni resepi orng cina)
bawah merah sket
halia
ayam/ daging/ udang/ sotong (ikut suka la nak lauk apa)
black paper
serbuk sup (aku guna adabi)
sayur-sayuran (slalu aku guna sawi, kubis, batang saderi, carrot)
air
garam

cara-cara

bawang putih, bawang merah & halia ditumbuk kasar
tumis bahan-bahan tumbuk sampai garing
masukkan lauk
bubuh air sket (agak2 tenggelam lauk)
masukkan black paper, serbuk sup adabi, garam (tunggu seketika)
masukkan sayur (mulakan dengan sayur-sayur keras dulu, agak2 lembut baru masukkan sayur lembut.
kacau sekejap tutup api.

aku ni suka sup sayur yg warna kuahnya kerok2 sket.

ikan tongkol berlada

ikan tongkol di goreng
bawang besar, bwg putih, halia, lada (ditumbuk)
panaskan minyak, tumis semua sampai masak
masukkan garam, pasti sedap n sos tiram sikit
masukkan ikan, kacau seketika dan siap untuk dihidang

selamat mencuba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan