Rabu, 7 September 2011

Macam mana raya korang?


Selamat hari raya korang. Macam mana raya korang? Seronok ker? Raya aku tahun ni penuh ngan raya penat n sedih. Penat sebab paksu aku kawin raya lepas. So dari hantaran, pelamin, makeup, hiasan bilik tudur aku yang buat dan dibantu oleh makcik pakcik dan suami tercinta. Aku kan agak pokok2 renek sket. So kalau nak memaku tempat yang tinggi2 tu haruslah mintak tolong orang.
Disebabkan mmg bz sesangat so aku x ingat nak ambik gambar pelamin yang kami DIY. Cam x caya jer kami mampu buat pelamin dengan budget yang ciput. Rugi la plak rasanya x sempat ambik gambar. Tapi gambar ngan photog sure ada la kan. Kami agak berpuas hatila ngan semua hiasan yanh kami DIY.
Cerita sedih masa raya plak, bila ada sedara maraku yang menghina aku n suamiku sbb kami xder anak lagi. Aku hampir2 nak balik KB. Tapi adik n atuk aku halang. Nenek aku pun mcm nak hysteria bila aku nangis2 bawa beg nak balik KB. Agaknya kalaula aku balik juga aritu mahu masuk spital nenek aku.
Perasaan mmg sedih sesangat bila ada yang menghina kami sbb xder anak. Kalaula dia tnya elok aku boleh terima. Tapi bila diaorng cakap

“ mu ni x pandai, sbb tu xder anak” – makcik 1
“koman mu ni. X pandai sbb tu xder anak lagi- pakcik 1
“ yang ni x jadi ni… xjadi…. –makcik 2

Bayangkan dalam masa 2 hari 3 kali aku dengar benda ni. Kalau korang sedih x?
Bila makcik 1 n pakcik 1 cakap mcm tu aku menjawab. Aku cakap
“kalau buat hari2 pun kalau xder rezeki xder jugak”. Dua2 dian bila aku cakap mcm tu
Masa makcik 2 cakap kat aku, aku ada jugak menjawab menda yang sama, tapi masa tu sebak n sedih xleh nak dibendung lagi. Trus aku nangis.
Hina sangat ker orang yg xder anak lg ni?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan